Sunday, February 19, 2012

Antara Salah Laku dan Hukuman




Siapa pecahkan pinggan ini?” si ibu menjerit.
Anak-anaknya yang berderet itu membatukan diri.
Mustahil ada yang mahu mengaku.
“Siapa buat? Kak Long? Angah? Siapa yang buat?” si ibu yang sedia letih itu melempiaskan amarahnya.
Kak Long, Angah, Achik, semua mereka mendiamkan diri. Jantung masing-masing berdegup kencang.
Ibu yang keletihan mencari pesalah, akhirnya mengambil jalan mudah. Ketiga-tiga anaknya dihukum. Mereka dicubit seorang demi seorang.
“Yang bersalah tidak mengaku. Yang tahu siapa yang bersalah bersubahat tidak mahu memberitahu. Semua salah!” ibu cuba melogikkan tindakannya menghukum mereka bertiga.

JERITAN BIASA
Jeritan itu adalah jeritan yang biasa kita dengar di rumah.
Mungkin rumah orang, mungkin rumah kita.
Apabila berlaku sahaja sesuatu yang tidak kena, soalan yang spontan keluar, “siapa yang bersalah?”
Soalan seperti ini melayangkan mesej yang jelas bahawa ia akan berakhir dengan hukuman. Sama ada kesemua mereka mengambil tindakan mendiamkan diri, atau mereka mungkin segera saling menunding jari. Kita sebagai ibu bapa yang terkeliru, enggan malu kerana gagal menyelesaikan puzzle itu, lalu mengambil jalan mudah menghukum mereka semua.
Kebijaksanaan kita sebagai orang dewasa, menerbitkan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan keadaan.
Namun tahap pemikiran anak-anak hanya berakhir dengan kesimpulan-kesimpulan yang membinasakan.
Mereka saling bermusuhan, saling salah menyalahkan, malah belajar menipu kerana terdesak mengendalikan rasa takut yang berlaku.
PRIMUM NON NOCERE
Situasi ini mengingatkan saya kepada satu ungkapan yang sering disebut oleh ahli psikologi malah para doktor di Wad Kecemasan. Kata mereka, “Primum non nocere!” Maksudnya ialah “paling penting, jangan memudaratkan!”
Apa-apa sahaja yang berlaku, pastikan tindakan yang mahu diambil jangan memudaratkan. Ada kalanya, dalam kes-kes di hospital adalah lebih baik untuk tidak memberikan rawatan, berbanding bertindak sesuatu yang mencetuskan mudarat ke atas pesakit. Ia adalah etika perubatan yang penting.
Sama juga halnya dalam proses mendidik anak-anak.
Apa-apa tindakan yang mahu diambil, pastikan jangan ia berakhir dengan kemudaratan. Tatkala kita gagal memutuskan tindakan paling tepat, amat malang jika tindakan kita tidak melontarkan mesej yang betul, sebaliknya menyemai rasa benci dan mahu membalas dendam.
Saya sendiri pernah bertemu dengan anak remaja yang berkhayal mahu terbabit dalam upacara pengebumian bapanya, untuk kepuasan diri!

PSIKOLOGI PENUMBUK

“Aah, ustaz. Saya tak makanlah cadangan-cadangan ustaz. Bagi saya, ini dia namanya psikologi!” kata seorang lelaki sambil menggenggam penumbuk di tangannya.
“Anta technician elektrik, kan?” saya bertanya.
“Ya. Saya jaga bahagian komputer-komputer di makmal kampus ini!” katanya.
“Kalau komputer rosak, anta guna ke penumbuk itu sebagai psikologi untuk memperbaikinya?” saya melontar soal.
“Mana boleh. Komputer mesti diperbaiki mengikut manual” jawabnya tegas. Menghormati profesyennya sendiri.
“Habis kalau anak bermasalah, apakah tiada manualnya lalu diperbaiki hanya dengan penumbuk itu?” saya menyudahkan soalan.
Sepi.
Beliau diam.
Saya pun diam.
Saya bukan marahkan lelaki itu.
Saya marahkan diri saya sendiri. Seorang bapa yang semakin bertambah anak, semakin anak membesar, semakin hilang kepercayaan kepada manual membetulkan tingkah laku anak-anak. Mahu mencari penyelesaian segera. Penyelesaian yang sering berakhir dengan kemudaratan. Anak tidak belajar sesuatu, sebaliknya menambah dendamnya terhadap kita yang semakin gagal menangani dia.
Bukan kerana buruk niat dan tujuan.
Tetapi kerana tiada kemahiran.
Kemahiran yang tidak datang sendiri. Kemahiran yang mesti dipelajari. Dari semasa ke semasa.

CIKGU JATUH

Puan Sabariah adalah guru senior di sebuah sekolah.
Orangnya berhemah. Tidak pernah menjatuhkan harga diri.
Tetapi hari itu dia tergelincir dan jatuh terlentang di depan kelas.
Sakitnya bukan kepalang.
Tetapi sakit hatinya berganda-ganda lagi apabila murid-murid mentertawakan dia.
Puan Sabariah bangun perlahan-lahan dan kemudian berdiri tegak membetulkan diri.
“Itu pelajaran pertama saya kepada awak hari ini. Sesiapa sahaja dalam hidup ini boleh jatuh dalam kehinaan, tetapi dia mampu bangkit dan berdiri teguh semula!” katanya dengan penuh hemah dan ketegasan.
Kelas sepi.
Ulasan itu sangat berhikmah.
Puan Sabariah menunjukkan betapa ketawa anak muridnya tidak mampu dibersihkan dengan tengkingan atau kemarahan. Sebaliknya dengan sedikit kesabaran, dia membetulkan keadaan dengan kebijaksanaan. Dengan hikmah.
Hikmah yang kita perlukan sebagai ibu dan bapa dalam mendidik anak-anak.

HIKMAH KENABIAN

Semasa bapa saudara kepada Abu Rafi ibn Amr al-Ghifari seorang anak kecil, beliau gemar membaling batu ke pokok-pokok tamar kaum Ansar.
Budak itu dibawa mengadap Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Beliau takut. Bimbang dihukum oleh Baginda.
“Wahai budak, mengapa kamu membaling batu ke pokok-pokok tamar itu?” Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya.
“Saya membaling batu ke pokok-pokok tamar itu kerana mengharapkan buah tamar gugur dan saya boleh memakannya” jawab budak itu.
Jujur.
Bukan jahat, tetapi bingung pada usianya.
“Jangan baling batu ke pokok-pokok tamar. Tetapi makan sahajalah apa-apa yang sudah (ranum dan) gugur di bawahnya” nasihat Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Lalu Baginda mengusap kepala budak itu sambil berdoa, “Ya Allah, kenyangkanlah budak ini”
Baginda sentiasa demikian.
Konsisten.

Mempamerkan bahawa komunikasi efektif adalah cara terbaik pada membetulkan keadaan.
Jauh dari hukuman yang jarang-jarang sekali menawarkan penyelesaian.
SALING MEMBERANAKKAN

Salah laku dan hukuman bukan antonim yang saling membatal dan menyelesaikan. Malah kedua-duanya memberanak dan menyuburkan lagi antara satu sama lain. Salah laku memberanakkan lebih banyak hukuman semberono. Hukuman semberono membanyakkan lagi salah laku. Hukuman yang tidak tepat tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya ia mengajar anak-anak untuk lebih bijak dan licik melepaskan diri.
Siapa kata mendidik anak mudah?
Pastinya, saya tidak pernah berani berkata begitu.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Saturday, January 28, 2012

WazzUB People!!!!

Have you heard of WAZZUB?
~ WAZZUB, is a Brilliant Concept; It has NEVER Been Done Before ~

Make no mistake. WAZZUB is a multi-billion dollar project.
It has been in the making since 2007 with over $2,000,000 already invested.

It’s the new Internet Phenomenon; it's here to stay and you are one of the first in the world to know about it. So, it's very important to understand what you have in your hands. This Baby WILL go VIRAL.

~ Timing is Everything ~

You can set yourself up for life financially - for F*R*E*E -
and earn Massive Passive Residual Income every month like nothing else out there.
~ This can happen at LIGHTNING SPEED because it's always FR*E*E for all ~

The more F*R*E*E members you invite, the more money you will make.

You could earn about $1.00 per person in your "UNLIMITED" width x 5 generations-deep WAZZUB family. (depending on the company growth)

If that doesn't seem like much, watch what happens...

You simply invite 5 friends to join for f*r*e*e-forever and they do the same 5 generations:

1st. Generation 5 x $1.00 = $5.00
2nd. Generation 25 x $1.00 = $25.00
3rd. Generation 125 x $1.00 = $125.00
4th. Generation 625 x $1.00 = $625.00
5th. Generation 3125 x $1.00 = $3,125.00
Your Passive Income could be = $3,905.00 every month for doing NOTHING different than what you are currently doing every day.

Most people will invite more than 5 f*r*e*e members.
What if everyone invited just 10 people?
That amount would EXPLODE to: $111,110.00 per month in passive residual income for LIFE!

Here's the KICKER: It doesn't stop there. The more people you invite the more money you'll make. The number of people you can invite is UNLIMITED.
Try 20 or 30 and see what happens... IT WILL BLOW YOUR MIND!

It's a fact that most people will join because it's UNIQUE,
it's POWERFUL and it's F*R*E*E. Everybody loves F*R*E*E.

~The sky truly is the limit here at WAZZUB ~
My recommendation:
Step 1 – go here and sign up:http://signup.wazzub.info/?lrRef=8eebc
Step 2 – read all the important facts at: www.wazzub.info/facts.htm
Step 3 – read “How Is WAZZUB Different? www.wazzub.info/difference.htm
Step 4invite your friends and partners to become a part in this success story

Hurry up, act now!
99.99% of the world doesn't know about this yet.

Accept my positive vibrations of Succe$$ and Happiness :-)
Together we activate the power of "We"!
Thank you,
Puteri Isyatur Radhiyah
The WAZZUB Family

Sunday, January 1, 2012

Lets Unlearn What we have Learnt

Look what I have found from www.bedaduz2.blogspot.com.  Saya merasakan adalah satu tanggungjawab untuk menyebarkan perkara yang benar. 

clip_image002
Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  
OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:
clip_image004
Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?


Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?
Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.


Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.
Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:
clip_image006
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”
 
Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.
clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!
 
Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...votayhehehe).
Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.
clip_image010
OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

Tuesday, December 20, 2011

I'm hurt

I'm deeply hurt, talking about it will just going to hurt me more.
However I do want you to know:-

Dear friend,
I love you so, I want the best for you too and I'm sure you will find joy in your new place (I will be extremely jealous!) but yes I do want the best for you.  I pray we shall remain as close friends and you can always count on me for support, your shoulder to cry on.

Saturday, November 26, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun


Doa Akhir Tahun
Akhir Bulan Zulhijjah 1432H [26 November 2011, Sabtu] (Akhir Waktu Asar)

Waktu Membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, 'Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.  Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.'

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memlihara dan mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.  Engkau telah menangguh azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.  Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.  Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau.  Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.  Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian Alam.
Amin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Doa Awal Tahun
Akhir Bulan Zulhijjah 1432H [26 November 2011, Sabtu] (Di Waktu Maghrib)

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, 'Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.'

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.  Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya.  Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.  Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Read more: Nadia Goes Malaya in the Millenium: Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun http://watikah-nadia.blogspot.com/2011/11/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun.html#ixzz1ep1dp0S7

Friday, November 25, 2011

Holiday please stay!!!!

The first week holiday is almost ending, sigh!
Time please move slowly,